Thursday, July 31, 2008

Kecewa Sistem MEdSI

Pada penghujung bulan Jun, seluruh IPTA di negara ini telah menerima mahasiswa baru bagi kemasukan 2008/2009. Anak saya salah seorang yang terpilih memasuki sebuah IPTA di ibukota. Apa yang ingin saya luahkan di sini ialah wujudnya ujian MEdSI kepada anak saya sebelum menghabiskan program Asasi Pendidikan Islam selama 2 tahun di Pusat Asasi Nilam Puri. Natijahnya, anak saya dan seramai 47 orang pelajar gagal dalam ujian MEdSI tersebut.

Rentetan itu, 48 pelajar tersebut tidak dibenarkan memasuki Program Sarjana Muda Pendidikan Islam setelah 3 minggu memasuki kuliah dan diminta menukar ke kursus lain. Justeru anak saya mengalami murung dan hilang semangat untuk meneruskan pengajian akibat permasalahan ini. Persoalannya di sini, pertama; mengapa perlu diadakan Asasi Pendidikan Islam di Nilam Puri sedangkan pelajar tidak pasti memasuki Sarjana Muda Pendidikan Islam setelah tamat program asasi tersebut. Kedua; adalah lebih baik mengadakan ujian MEdSI tersebut sebelum kemasukan ke Asasi Pendidikan Islam. Ketiga; apabila berlaku masalah ini, anak saya akan mengalami masalah dari sudut pinjaman pendidikan kerana melibatkan pertukaran kursus

Sebagai ibu bapa tentu akan mempertahankan anak mereka untuk terus dalam bidang pendidikan. Sehubungan itu, saya ingin menyatakan di sini, terdapat ramai pelajar yang sedang mengikuti Asasi Pendidikan Islam di Nilam Puri sekarang belum tentu nasib mereka untuk memasuki Program Sarjana Muda Pendidikan Islam kerana mereka akan melepasi ujian MEdSI terlebih dahulu. Oleh yang demikian sudah tentu ibu bapa yang mempunyai anak yang sedang mengikuti Asasi Pendidikan Islam sekarang akan risau nasib anak mereka nanti

Saya di peringkat ibu bapa mahu ujian MEdSI disemak semula bagi membolehkan anak kami terus di Sarjana Muda Pendidikan Islam kerana ini melibatkan maruah anak dan keluarga kami yang telah menerima tawaran Asasi Pendidikan Islam dan dijanjikan dengan memasuki Sarjana Muda Pendidikan Islam apabila tamat di peringkat asasi.

Ayah yang kecewa.

sumber : ruangan surat pembaca Berita Harian, 31 julai 2008

1 comment:

mohd dinie said...

saya pun tertanya tentang diploma tesl udm.... katakan seseorg tu telah tamat diploma tesl dan mahu melanjutkan ijazah tesl... memerlukan untuk lulus medsi... andai kata pelajar itu gagal, dia tak boleh saambung ijazah tesl... habis tu apa guna dia praktikal mengajar selama satu sem ketika buat dip tesl dulu?? sy pun x paham kenapa buat syarat macm tu,kenapa x buat medsi sblm dip tesl,habis tu kalo diorg gagal medsi diorg nak g mane?.... kalau x percaya cube tengok syarat khas UM dan UPSI kat upu...

 

© New Blogger Templates | Tech Blog